:: Tips Agar Mudah Lena ::

1. Kepalkan Jari Kaki
Cuba kepal-kepalkan jari kaki dan hitung sehingga bilangan ketujuh dan ulangi sehingga anda berasa selesa dan ingin tidur.

2. Kemas Tempat Tidur
Tempat tidur atau katil yang berselerak membuatkan fikiran berserabut bertambah buruk. Malah hati seakan runsing sahaja. Apa kata anda cuba kemas tempat tidur anda pada waktu pagi sebaik bangun dari tidur. Jika tidak sempat mengemas di pagi hari, kemas sahaja sebelum anda mahu tidur. Melihat tempat tidur yang kemas dan bersih lebih efektif membantu kita lebih cepat tidur.

3. Suhu Bilik Yang Sesuai
Pastikan suhu kamar sesuai untuk anda tidur kerana suhu bersesuaian membantu anda lebik rilek, nyaman dan mudah tidur. Tidur dalam suhu bilik yang terlalu panas atau terlalu sejuk tidak menyelesaikan dan boleh membangunkan anda seketika.

4. Matikan Alat Komunikasi
Satu lagi punca yang menggangu tidur yang nyenyak ialah alat-alat eletronik seperti televisyen, komputer dan tak kurang juga telefon mudah alih. Alat-alat komunikasi yang diletakkan disebelah ketika nada tidur boleh mengganggu tidur anda.








1 comment:

trexcic said...

dah lame tak tak blog..kalau ade blog nanti aku tido lagik lambattt..ahhahah =p