Ramai wanita percaya untuk cantik mereka perlu bersolek, berdandan dan mengenakan pakian yang cantik. Tapi sebenarnya tanpa semua ini anda tetap mampu kelihatan menawan di mata yang memandang. malah berbekal wajah yang polos tanpa riasan anda akan tampak cantik jika tahu caranya. Ini adalah tip yang anda perlu ketahui :
PEMBERSIH WAJAH YANG SESUAI
Kulit wajah yang terdedah pada persekitaran akan menyebabkan kuman atau bakteria membiak akibat debu dan pencemaran tanpa kita sedari. Kotoran yang melekat pada wajah akan menyebabkan pelbagai masalah kulit termasuklah jerawat dan sebagainya. Cara paling baik untuk membersihkan wajah adalah dengan terlebih dahulu menggunakan pembersih wajah jenis susu diikuti dengan pencuci khusus untuk wajah anda.
BUSANA CERAH
Jika saban hari anda asyik mengenakan baju berwatna neutral atau kedam, tiada salahnya sesekali menambah percikan warna yang lebih cerah. Warna merah boleh membantu mengembalikan rona segar semulajadi pipi. Manakala pilihan rona biru atau hijau abgi yang berkulit putih, dapat menyerikan wajah.
AIR YANG MENCUKUPI
Kulit kering membuatkan penampilan wajan kelihatan tua. Kembalikan wajah muda anda dengan menggunakan pelembap siang hari yang mengandungi antioksida dan vitamin C.
BULU MATA LENTIK
Penyepit bulu mata boleh membanti membuat mata terlihat lebih hidup dengan mudah dan cepat. Hasilnya mata akan nampak dramatis, terutama jika anda memiliki bulu mata lurus dan panjang. tapi jangan sebarangan menggunakan penyepit bulu mata. Sebelum melakukannya pastikan bulu mata anda berada dalam keadaan bersih, kering dan belum disapu dengan maskara. Sepit bulu mata di bahagian atas secara berhati-hati dengan penyepit berdekatan hujung mata.
PENYEMBUR WAJAH
Menyembur wajah menggunakan facial mist dapat memberikan hidrasi terus kepada wajah. Anda juga boleh menggunakan air biasa yang dimasukkan ke dalam botol dan menyemburkan ke wajah untuk menyegarkan kulit sepanjang hari.
GUNAKAN PELEMBAP KULIT
Jangan lupa untuk menyapi pelembap untuk memastikan kelembapan kulit terjaga. Sebelum itu, pelembap yang dipilih juga harus sesuai dengan kulit dan tidak mendatangan masalah.
No comments:
Post a Comment