:: Manfaat Haruman Bunga Pada Kesihatan ::

BUNGA MAWAR
Sering digunakan sebagai bahan di dalam minuman untuk mereka yang menghidap penyakit iritasi usus, pundi hempedu dan masalah pada hati. Air mawar hasil daripada ekstrak bunga mawar juga mempunyai aroma yang boleh menenangkan hati. Penggunaannye di dalam mandian ataupun sebagai haruman di dalam kediaman juga boleh merehatkan fikiran.

                                          


BUNGA TAHI AYAM
Jangan tidak percaya, bunga yang dikatakan busuk baunya ini ada khasiat khusus. Kelopak bunga tahi ayam dikatakan boleh digunakan sebagai ubat pencuci mata yang amat bagus. Bunga ini turut digunakan sebagai salap untuk menyembuhkan luka dan goresan putih pada kulit kerana ia bersifat antiseptik.



BUNGA KEKWA
Bunga kekwa berguna untuk menghilangkan rasa sakit ketika menstruasi, sakit tekak dan tonsil. Jus yang dihasilkan daripada bunga ini boleh dijadikan ubat untuk demam, Anda juga boleh menggunakannya untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada tubuh anda.



BUNGA MATAHARI
Warna kuning terang sering dikaitkan dengan matahari kerana kedua-duanya menceriakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, ekstrak bunga matahari sebenarnya boleh membantu meredakan sakit tekak.

No comments: