:: Kelebihan Dan Fadhilat Surah-Surah Pilihan ::

SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.


SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”


SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”


:: Tips Menjadi Isteri Yang Terbaik ::


Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdikDengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.


:: Petua Cantik ::

1. CERAHKAN KETIAK
Ambil 3 jari kapur dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Basahkan ketiak terlebih dahulu kemudian sapukan air campuran tadi, sental perlahan-lahan. Amalkan petua ini sekerap dua kali seminggu ketika mandi.
















2. KULIT CERAH & BEBAS JERAWAT
Ambil sebiji timun. Keluarkan isinye dan parut bersama-sama setengah biji limau nipis. Campurkan dengan bedak sejuk dan pakai campuran ini ke muka setiap malam. Pakai seperti masker dan cuci dengan air bersih setelah ia benar-benar kering.




3. KAYU MANIS ATASI PARUT JERAWAT
Kisar kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Gaul hingga sebati dan sapukan ke seluruh wajah. Amalkan petua ini setiap malam dan cuci dengan air suam.


4. GALAKKAN RAMBUT TUMBUH LEBAT
Ambil sekepal nasi dan setegah biji limau nipis yang direndam bersama secawan air dan garam. Embunkan semalaman dan keesokan paginye perahkan limau. Basahkan rambut dengan bahan ini dan biarkan selama 3 jam. Bilas dengan air bersih dan amalkan cara ini sekerap yang boleh.



:: Tips Menjadi Suami Yang Terbaik ::



Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.



1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.  Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti! 

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.




:: Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk ::





Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiyakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau "face to face" dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dia, sambil makan...hahahaaa..sambil cakap "mmmm,sedapppp nye..nyummm..nyummm"

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasaan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer! hahaaha...

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...hisap berpuluh2 batang rokok..




Apa-apa pun,inilah adat berumah tangga..
Ada pasang surutnya..huhuu..
So,renung-renungkan dan selamat beramal... ;)





:: Kisah Telinga ::

al-kisahnye, dh 3 ari ni telinga kanan aku ni rase semacam....xtau nk ckp rase cane, mcm tersumbat pn ade, rase mcm bengang2 pn ade...pas2 aku rase mcm pening2, miung2, kdg2 mcm nk pitam...mule2 aku igtkan ade taik telinga, tp bile mntk tlg hubby korekkan xde plak khazanahnye..tp telinga still mcm tu gak...akhirnye kebetulan pg td mak n abah nk bwk anak buah aku g klinik sbb die cirit birit dr smlm (ibu die xsempat nk bwk dgn asalan penat..blh mcm tu????) so aku pn ikutla skali...aku cadangkan g KLINIK MESRA kt sri gombak tu, sbb murah..tp serius mmg murah....KONFEM!!! sesampai je kt sane, terbeliak bijik mate aku, punye la ramai org...igtkan bile siang time org keje xdela ramai, harapan je..tp sbb dh sampai kan, tgu je la...dekat 3 jam tgu, sampai aku pn dh nk pitam br la name aku kene panggil....legaaaaaaaa........

cerita punye cerita, cek punye cek, rupe2nye dktr kate telinga aku ade kuman...kalo biarkan lg 2 3 ari, mgkn blh bernanah....mcm2 la plak, poning palo den....ape2 jela dktr, jnji telinga ni ok...xtahan dh, asyik rase nk marah je...huhuhuh

nk tau aku kene bape hengget???? RM 14.00 je hokey....murah kan???? aku dpt 4 ubat, antibiotik, tahan sakit, ubat telinga n ubat utk titk dlm telinga....anak buah aku kene RM 18, 3 jenis ubat...mmg ternyata murah kan....so sape2 yg dok area gombak, selayang...jgn lepaskan peluang ni ok....




Umo Meningkat Perangai Pun Berubah

bile bace tajuk mcm xsopan je kan, tp bkn perangai aku ok...ni perangai my little prince (anak buah aku daaa)...20/4 aritu genap umo die 2 tahun, die ni kesayangan atok die...pantang nmpk atok mesti senyum meleret, trus lentok...kalo ngamuk2 pn, dgr je sore atok automatik baik n trus tangkap atok...heran btl...name budak kecik ni MUHAMMAD AZMAN, klasik kan??????? tu urusan ibu n ayah die, eden xtau...mule2 dulu nk sebut name die bkn main payah, bile org tanye name sape mesti kitorg gelak2 dulu...hehehhe....mamat ni mengulangi zaman anak buat aku yg sulung dulu,(AIMAN)  tu pn kesayangan atok n wan gak...sebut je ape nk, sume akan dpt...sape yg marah diaorg ni mesti korg kene marah blk ngan atok n nenek die...skg ni sejak umo azman dh 2 tahun, die dh ade perangai baru,,,dh suke panjat2..xsangka die mcm tu...slame ni xpenah plak die wat mcm tu...korg xcaye??? jom tgk....


ni la heronye....






see????? die panjat tu semata2 nk panggil atok die kat luar...atok punyela terperanjat....cucu...cucu.....tp dh namenye budak lelaki kan, xkn nak main masak2 plak...hehehhee


Kenduri Kesyukuran @ Doa Selamat

syukur alhamdulillah selesai dh kenduri kesyukuran merangkap doa selamat..majlis ni sempena aku dh selamat operate aritu...hubbby mmg dh  niat nk wat....ditambah plak dgn bezday aku sabtu aritu kan, so rangkumkan sume skali la...senangkan, skali jalan...wat kecik2 je, jemput irg masjid, jiran2, kawan2 ckit2, sedara ckit2, hehheh....so smlm lepas asar org masjid tahlil ckit, bace2 doa then MAKAN TIME!!!!...menu utama nasi lemak, pas2 ade mihun goreng n beberapa jenis kuih muih..meriah wei, xsangka ramai plak yg dtg...penuh umah aku yg xbape nk besar ni...sesekali bkumpul ramai2 mmg tsgtlah meriah....tp disebabkan kesibukan aku terlupe nk amik gamba....nsb la akk aku ade amik pic ckit2...jdla wat kenang2an...jon layan pic jap....


hubby aku cbuk ngan kipas die

kanak2 riang

kek utk anak buah aku

kek bezday aku



peace!!!!!!!!!!


org kuat (tukang masak)

my little prince

ngan mak angkat

my little princess

nak dijadikan cerita,bezday aku same plak ngan org yg jage anak buah aku merangkap tukang masak mase majlis aku ni (makcik yg baju ijau tu) ..pas2 secara kebetulan jugak bezday my little prince tu 20/4...so mmg skali jln  la tu...jimat...hehehehhe....

TQ SAYANG

tghari td dok tgu hubby balik keje, slalunye kul 1.15 dh smpai..maklumla tmpt keje dekat je ngan umah..tp dh nk dekat kul 2 lebih hubby masih xsampai2...cuak gak ati ni, slalu kalo die nk melencong ke mane2 mesti die bgth...dup...dap...dup...dap....tepon2 xangkat, msg xbalas....kdg2 rase nk marah, geram...kdg2 seram sejuk plak, mane la tau ape2 jd kan...tu jela sorg laki yg aku ade...syg sgt2 tuuuuuu!!!!!!!!

dlm kul 2.10 aku dgr moto hubby, fuhhhh!!!!!! lega sgt2....dlm pale ni dh set dh, nk wat muncung sebatu....tanda protes la katekan...hehehe.....dgr je tapak kaki die dh nk samapi pintu lg panjang muncung aku wat,,hehehhe,....tibe2 hubby muncul ngan kotak besar depan mate aku....terbeliak mate aku (padan muke aku)...hubby trus ckp "HAPPY BIRHDAY"...aku dh senyum2 simpul, malu la konon...ahaks!!..dh xjd nk buat muncung lg berbatu2....ahhahhaha....

sbnrnye aritu b ckp tahun xde hadiah utk aku sbb bln lepas die dh belikan hp, kirenye aku pn ok la...xkisah sgt pn....janji die igt...aku fhm hubby aku cane, xkn aku nk mintak2 plak kan....xkisah la tu, janji die syg kt aku kan...tu dh cukup....tp alih2 die bwk blk hadiah plak..tu yg rase tharu sgt2....TQ B...CYG SYG SGT KT B TAU!!!!!!!!

nak tau aku dpt ape...moh kite layannnn............


ini lah gerangannye....




aku mmg dh lame sebut2 nk bende ni...tp xbeli2...bkn ape, senang nk pnskan lauk bln pose nnti...hhehehhe...nk keje senang je kan...hehehheh...walaupn xsemahal Datuk K belikan hadiah utk Siti, tp aku tetap hargai ape yg hubby aku belikan....korg ade??????? hehehhe

Peningkatan Usia

23 APRIL 2011...HAPPAY BIRTHDAY TO ME....HAPPAY BIRTHDAY TO ME...hari ni genap umo den 26 tahun...mcm xcaye ye aku blh sampai ke angka ni...dulu mase sekolah2 bile tgk org yg umo2 mcm ni rase mcm tua sgt, tp skg ni aku plak yg dpt angka ni....tua ke????? ape ade ngan angka, jiwa tetap n sentiase muda ok....of course la hubby org yg first wish...tp celebrate nye esk sbb kebetulan esk aku nk wat kenduri kesyukuran ckit sbb aku dh selamat operate aritu...so kek pn esk br beli....hadiah???? jeng...jeng...jeng.....tguuuuu!!!!!




                                                             pic dr uncle GOOGLE


tgu pic kenduri esk plak ek....layannnnnn.............

OH SUSHI

sushi?????????? aku sgt2 teruja kalo tgk perkataan ni  sbb mmg aku mmg minat sgt2 mkn sushi...terutama kalo SHSHI KING...kalo sushi yg kt jusco tu aku mkn gak...kurang "laju" la...mkn sushi ari2 pn aku xjemu tau...hubby aku ,mule2 dulu mcm xselera, tp bile lame2 die plak yg syok...so kami berkongsi feberet food yg same....aritu my sis balaj dr kawan die wat sushi ni, sedap gak...kitorg pn tong2 beli bahan nk wat kt umah...makan sampai puas....sgt lazat n puas ati...!!!!!!! jom layan pic....



sgt suke!!!

e'eh...blh ke tu...hehehe

muke ade senyum.....

dh kenyang....

pilih...pilih.....

sebahagian dr pinggan...

lagi....

eeeekkkkk!!!!!!! kenyang....



bile la nk abis pantang ni...xsbr nk makan sushi lg...pasni kali hubby tanye je nk makan ape, aku xnk sebut bende lain...semestinye SUSHI........




Oh Fibroid

cane nk terangkan fibroid ni ape ek???? senang cite fibroid ni mcm ketumbuhan la, kt area rahim....aku ni antaran insan terpilih yg terkene penyakit ni...actually aku dh tau yg aku ade fibroid ni dh dekat 3 tahun lebih dh....slame ni aku aku apointment kt HKL setiap 6 bulan skali....tp setiap kali g aku akan ditanye dgn bende yg same smpai aku naik bosan....bape kali tkr pad??? rase mcm mane??? sakit ke x??? pening2 x??? pas2 scan then bg ubat, tu je???? smpai ade 1 tahap aku yg offer utk dioperate tp dktr tu kate xperlu sbb aku xrase sakit..mcm tu ke???? setelah sekian lame, bincang punye bincang antara hubby n family aku..akhirnye kami decide nk g jumpe pakar kt AMPANG PUTERI....


12/3/2011 hubby bwk aku g spital...aku ditemukan ngan pakar sakit puan DR ZALINA SALLEH....die check punye check,scan bagai....die nmpk fibroid aku dh ade 3 ketul...mak oiiii!!!!!! terperanjat beruk aku dgr, slame ni HKL ckp ade seketul je...cane la dioarg ni wat keje kan, don't know what to say lah...then DR ZALINA advice suruh buang secepat yg mgkn sbb kalo selagi disimpan selagi tu la aku xkan "lekat"....

Bincang punye bincang lg, aku decide utk operate on 7/4/2011....dup...dap....dup...dap....aku diminta masuk wad 6/4/2011 mlm...so mlm tu hubby, mak n abah pn anta aku kt spital klebih kurg kul 10 mlm trus kene puasa....mase nk booking tarikh tu aku tanye husband leh jage kite x, die kate blh...alih2 mlm tu kate xleh plak...punye la bengang, tp sbr..kene cool, xleh tension2 nnti darah naik xleh wat operation plak...pas2 aku mintak tlg mak temankan aku kt spital...

Esokye tepat pukul 9 pg nurse dh panggil aku utk masuk bilik OT, skali lg rase berdebar2 yg xleh nk tahan....hubby tenangkan aku, suruh aku selawat byk2...lepas salam ngan sume, terutama hubby, aku dh mntk maaf, mntk halalkan sumenye, terharu sgt... dlm hati ni terfikir gak, nak mati ke aku ni???? sayu je tgk muke hubby....tp aku kene kuat, kene lawan sume ni sbb aku nk tgk muke hubby lg pasni...

Lepas 3 jam aku dlm bilik akhirnye aku selamat dibedah...alhamdulillah...lepas nurse tu kejutkan aku, mule2 muke yg aku nmpk ialah HUBBY!!!! yahooo... rase nk jerit kuat2 tp ubat bius still ade lg, aku rase mcm mamai2...ari ke 3 kt spital aku dh mntk discharge,bosan dok spitla lame2..lgpn cian kt hubby n mak aku...mlm mak aku jage, pg mak aku blk, hubby plak jage aku...lewat mlm br hubby blk...dktr pn tgk aku dh kuat n dh blh jln, tu yg die bg kuar....lgpn kalo kuar awal kurg la ckit byrnnye...3 ari tu pn RM 11k duit aku terbang lemayang....dh penat la nk cite...kite layan pic jap ek....



khazanah dlm perut aku (12ketul)

bius xabis lg, tido jerk....

tido lg......

lagi.....

dan lagi.....

dan lagi.....

tp akhirnye bgn gak...hehhhee

muke buruk xleh blah...

gamba ni sume keje hubby aku yg ssgt setia jage aku n melayan karenah org yg tgh sakit ni...kejap2 n air la, nk duduk la, pas2 nak baring balik la...hehehhe...sorry b, cyg awk ni mmg byk songeh...(saje nak manje2)...

mesti korg pelik kan nape byk sgt ketulan tu...menurut dktr, die pn xsangka ade byk mcm tu..lepas dibelek, dikorek2, akhirnye keluar 12 ketul dr perut aku ni...mase dktr cerite die pn geleng pale...sgt2 xsangka...so skg ni aku masih dlm pantang...xleh g mane2, dok umah mkn n tido...hubby xbg wat keje umah...ari2 hubby masakkan lauk utk aku...ikan bakar n sup ikan haruan... TQ SAYANG ...I LUV U SO MUCH!!