Pendek kata, kebanyakkan aktiviti utama di rumah adalah di dapur. Secara logiknya, pasti kita terfikir di dapurlah tempat berkumpulnya pelbagai jenis kuman. Antara tempat yang paling banyak mengandungi kuman adalah di sinki dapur.
1. SINKI
Piring dan gelas, pinggan mangkuk, periuk dan macam-macam peralatan da[ur yang ditinggalkan di dalam singki menjadi tempat bakteria berkembang biak. Meski selesai mencuci kesemuanya pun, bakteria akan bertahan di tempat tersebut. Mencuci dan membilasnya pun tidak akan banyak membantu menyingkirkan kuman-kuman yang ada disitu. Tetapi anda boleh mencucinya dengan sabun. Tunggu selama 5 minit sebelum dibilas dengan air panas.
2. PAIP AIR
Jari kita mudah dicemari berbagai-bagai jenis bakteria. Misalnya, ketika anda mencuci makanan mentah seperti ayam, tangan anda yang telah tercemar denagn bakteria pada makanan mentah tadi turut melekat pada paip air sinki. tangan yang telah dicuci bersih pasti akan dicemari sekali lagi denagn bakteria yang terdapat pada paip air tadi. Oleh itu, mengelap atau membersih paip air dengan cairan antibakteria akan membantu. Kemudian keringkan dengan menggunakan tisu.
3. SPAN
Span pencuci pinggan merupakan sarang terbaik bakteria untuk membiak. Bila kita menggunakan satu span kotor, kuman akan mudah mencemari tempat lain disekitar dapur anda. Pastikan anda membersihkan span setiap minggu dan buangnya apabila bentuk dan warnanya semakin pudar.
4. PENAPIS SINKI
Dari mencuci ayam, udang, daging, sayur, buah dan sebagainya, kotoran selebihnya ada tersangkut pada penapis sinki. Tempat ini juga menjadi lokasi terbaik untuk kuman membiak. Oleh itu, rajin-rajinlah membersihkannya dengan memcuci bahagian ini menggunakan air yang panas bagi membunuh kuman.
No comments:
Post a Comment