:: Diabetes – Pengaruhnya Pada Kehamilan ::

Diabetes adalah satu keadaan di mana kadar gula dalam darah tinggi. Ini disebabkan oleh tubuh yang tidak dapat menghasilkan insulin dengan cukup atau tubuh tidak dapat bertindak dengan insulan itu sendiri. Mungkin ada yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan insulin? Insulin adalah suatu zat yang berperanan dalam mempertahankan kadar gula dalam darah supaya tetap normal.


Sekiranya ibu yang mengandungkan mengalami diabetes, ianya boleh mempengaruhi kesihatan ibu dan juga janin. Kerana itu, ibu harus menjalani pemeriksaan gula darah pada usia kehamilan 26-28 minggu. Seandainya hasil pemeriksaan menunjukkan si ibu mengidap diabetes, ibu mestilah melakukan pemeriksaan seterusnya secara teratur.


Jika si ibu mengidap diabetes di saat kehamilan dan kadar gula darah tidak dikawal, ini boleh mengakibatkan ukuran bayi terlalu besar sebelum dilahirkan. Dan pembedahan caesarian merupakan pilihan untuk proses kelahiran bayi berkenaan. Kebiasaannya, diabetes yang dialami si ibu akan segera pulih selepas kelahiran bayi. Namun, risiko untuk si ibu dijangkiti diabetes di kemudian hari tetap ada.


Manakala bagi si ibu yang mengidap diabetes sebelum kehamilan dan kadar gula darah tidak dikawal boleh mengakibatkan bayi yang dilahirkan berukuran terlalu kecil. Beberapa kemungkinan lain yang mungkin timbul adalah risisko cacat lahir atau bayi lahir dalam keadaan sudah meninggal.


Jika anda mengidap diabetes, dapatkan rawatan dan nasihat doktor sebelum anda membuat keputusan untuk mengandung. Atau jika sudah hamil, anda perlu menghubungi doktor jika mendapati kadar gula darah menunjukkan peningkatan, pergerakan bayi yang tidak aktif, pendarahan atau kontraksi.


Pengambilan makan rendah gula dan rendah lemak boleh mengawal diabetes. Bijirin, roti, pasta, ikan dan daging ayam tanpa serta sayuran segar juga boleh membantu. Hindari makan yang dapat meningkatkan kadar gula darah seperti manisan, gula-gula, jus dan nasi.


No comments: