:: Tips Cinta Untuk Kebahagiaan ::

Tips cinta untuk suami
  • Bersikap baik dan lembut dengan isteri
  • Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
  • Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
  • Bersabar terhadap karenah isteri
  • Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros)
  • Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra)
  • Membantu tugas-tugas isteri di rumah
  • Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
  • Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
  • Tidak bermesra dengan wanita lain
  • Menjaga rahsia isteri
  • Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain
  • Tidak makan hasil kerja isteri

Tips cinta untuk isteri
  • Berterima kasih di atas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil.
  • Segera memenuhi permintaan suami
  • Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara
  • Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
  • Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
  • Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir
  • Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir
  • Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
  • Membantu urusan perjuangannya
  • Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
  • Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
  • Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata di hadapannya
  • Menghormati keluarga suami
  • Menjaga rahsia suami

Tips cinta untuk kedua suami isteri
  • Persefahaman
  • Taawun (bekerjasama)
  • Wujudkan suasana romantis
  • Atasi bebanan kerja
  • Kepuasan seks
  • Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
  • Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
  • Menghayati amal Islami
  • Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga

- Artikel iluvislam.com


:: Hak Dan Tanggungjawab Suami Isteri ::

Tanggungjawab dan Hak Suami

Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik." (Hadis riwayat Muslim).

Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik." (Surah an-Nisa', ayat 19).


Tanggungjawab dan Hak Isteri

Isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat.

Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredaan suami.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). (Hadis riwayat Muslim)

Begitu juga dengan maruah, setiap isteri mesti menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta benda suami. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang solehah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya." (Hadis riwayat Abu Daud)


Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak

Islam juga mewajibkan bapa secara khusus memberi nafkah kepada anak. Menjaga kebajikan anak, termasuk menyediakan dalam kadar munasabah keperluan untuk hidup, belajar dan kesihatan.

Begitu juga anak wajib dididik supaya sentiasa beribadat dan berakhlak mulia. Tugas mendidik berada di atas kedua ibu dan bapa. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran." (Hadis riwayat Dailami)

Apa yang kami kemukakan hanyalah ringkasan dari hak dan tanggungjawab berkeluarga yang lebih luas. Di harap agar pasangan yang memerlukan rujukan lanjut, dapat merujuk buku-buku berkaitan untuk maklumat terperinci.


-Artikel Iluvislam.com



:: Pantang Larang Bayi ::




1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.


2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.


3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.


4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.


5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan        pendek umur


6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.


7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan
kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.


8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.




WALLAHUALAM......